ya allah. adakah aku mampu untuk menjadi seorang anak yg baek. tidak menderhakai kedua orang tuanya. tanpa menjatuhkan air mata mereka melihat segala tingkah laku dah kegagalan yang aku alami. mampukah aku untuk tidak mengeluarkan walau sedikit pon keluhan seperti ah, ala, nnty la. mampukah aku untuk menjaga mereka sebaik mereka menjaga aku ketika kecil dahulu di waktu usia emas mereka. mampukah aku?
ya allah. adakah aku mampu untuk menjadi seorang pencinta dengan mengikut segala perintahmu. adakah hubungan ku itu nnty akan menjadi hubungan yang suci tanpa di cemari sedikit pon maksiat. Engkau hindar kan la aku daripada termakan pujuk rayu syaitan. sesungguhnya aku adalah hambamu yang tipis imannya. yang senang untuk di pujuk dan di rayu. aku tidak mahu menjadi hamba mu yang menjual harga dirinya kerana cinta. tapi mampukah aku?
ya allah. mampukah aku untuk menjadi hambamu yang berjaya. tidak kira di dunia ataupun akhirat. sekiranya Engkau memberikan aku kejayaan ya allah. jangan la Engkau alpa dah lalaikan aku dengan semua kejayaan yang Engkau beri. sesungguhnya aku akan hanyut ya allah. aku tidak mahu menjadi hamba mu yang hanya mengigati mu di kala kesusahan. tapi mampukah aku?
ya allah. adakah aku mampu untuk menjadi hambamu yang patuh dengan segala perintahmu dan meniggalkan semua laranganmu. mampukah aku untuk melakukan sedemikian. sesungguhnya aku adalah hamba mu yang lemah ya allah. Engkau tarik la aku semula ke jalan yang benar sekiranya aku tergelincir ke luar walaupon seinci. Ya Allah.
psstt: mencintai seseorang itu adalah penderitaan kepada kita
No comments:
Post a Comment